Latihan menghadapi adalah amat penting di jalankan setiap tahun. Justeru itu, kami telah menghubungi Bomba Dan Penyelamat Ampang untuk bersama-sama kami menjalankan latihan tersebut.
Sebelum latihan di jalankan, terdapat beberapa peringkat persediaan dan persiapan yang perlu saya laksanakan:
- Memberi taklimat kepada guru dan pelajar sesi pagi pada waktu perhimpunan bagi mengelakkan gangguan P&P
- Memberi taklimat kepada guru dan pelajar sesi petang pada waktu perhimpunan bagi mengelakkan gangguan P&P
- Memberi taklimat kepada kadet bomba sesi pagi dan petang yang akan bersama-sama membantu dalam sesi latihan nanti
- Setiausaha menyiapkan surat kepada Balai Bomba Ampang
- Saya dan Setiausaha mengunjungi Balai Bomba Ampang untuk membincangkan persediaan dan keperluan latihan
- Pegawai Bomba Ampang mengunjungi Sekolah untuk meninjau lokasi latihan
- Encik Shahrony menyediakan semua keperluan latihan
- Menjalankan latihan dalaman untuk sesi pagi dan sesi petang pada hari yang berlainan
- Latihan pengungsian bangunan berlangsung
Di bawah adalah sebahagian daripada dokumen-dokumen berkaitan latihan
SILA KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Sijil kami kepada Balai Bomba Ampang sebagai tanda terima kasih kami
DETIK-DETIK LATIHAN
No comments:
Post a Comment