Wednesday, 30 December 2009
SMK TAMAN KOSAS, AMPANG, SELANGOR
Program Sekolah Selamat sememangnya menjadi kemestian bagi semua sekolah di Malaysia. Pada tahun 2009 saya telah ditugaskan sebagai penyelaras bagi Program Sekolah Selamat. Ini adalah pertama kali saya memegang tanggungjawab ini. Sebenarnya sya agak takut juga kerana tidak tahu apa-apa mengenai bidang tugas penylearas Program Sekolah Selamat. Bagaimana pun setelah membaca buku panduan yang dibekalkan, selain daripada mencari maklumat di internet, saya akhirnya membuat rumusan sendiri. Sebenarnya saya tidak menemui contoh program sekolah selamat di internet. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang telah saya dan rakan-rakan laksanakan sepanjang tahun 2009. Mudahan ianya dapat menjadi panduan kepada rakan-rakan lain.
Tuesday, 29 December 2009
JAWATANKUASA BERTINDAK
Berpandukan cadangan jawatankuasa di bawah, kami telah membentuk satu jawatankuasa bertindak Program Sekolah Selamat SMK Taman Kosas 2009 seperti dibawah.
KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Monday, 28 December 2009
WAJAH-WAJAH PENGGERAK
Inilah dia wajah-wajah penggerak Program Sekolah Selamat SMK Taman Kosas 2009.
MAKLUMAN.....
KAMI MASIH DALAM PROSES MEMUAT NAIK GAMBAR PENGGERAK.
JANGAN KECIL HATI YE...KALAU GAMBAR BELUM ADA DI SINI....
Pengerusi
Tn Hj Abdul Raazak b Ibrahim
MESYUARAT PENGURUSAN
Dalam memastikan kelancaran Program Sekolah Selamat 2009, kami telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi memilih dan merancang program mengikut keutamaan masing-masing.
KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Contoh notis panggilan mesyuarat
Inilah diantara rakaman mesyuarat kami.
Sunday, 27 December 2009
PELAN TINDAKAN
Sebelum dapat bertindak secara berkesan, sebagai sebuah organisasi yang penting di sekolah, kami perlu siapkan pelan tindakan sebagai panduan untuk kami berfungsi sepanjang tahun ini. Inilah dia sebahagian daripada pelan tindakan kami.
KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Saturday, 26 December 2009
CARTA ALIRAN
Inilah sebahagian daripada carta aliran tindakan bagi situasi berbeza yang berkaitan dengan keselamatan di kawasan sekolah
KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Friday, 25 December 2009
BERSAMA BOMBA
Latihan menghadapi adalah amat penting di jalankan setiap tahun. Justeru itu, kami telah menghubungi Bomba Dan Penyelamat Ampang untuk bersama-sama kami menjalankan latihan tersebut.
Sebelum latihan di jalankan, terdapat beberapa peringkat persediaan dan persiapan yang perlu saya laksanakan:
- Memberi taklimat kepada guru dan pelajar sesi pagi pada waktu perhimpunan bagi mengelakkan gangguan P&P
- Memberi taklimat kepada guru dan pelajar sesi petang pada waktu perhimpunan bagi mengelakkan gangguan P&P
- Memberi taklimat kepada kadet bomba sesi pagi dan petang yang akan bersama-sama membantu dalam sesi latihan nanti
- Setiausaha menyiapkan surat kepada Balai Bomba Ampang
- Saya dan Setiausaha mengunjungi Balai Bomba Ampang untuk membincangkan persediaan dan keperluan latihan
- Pegawai Bomba Ampang mengunjungi Sekolah untuk meninjau lokasi latihan
- Encik Shahrony menyediakan semua keperluan latihan
- Menjalankan latihan dalaman untuk sesi pagi dan sesi petang pada hari yang berlainan
- Latihan pengungsian bangunan berlangsung
Di bawah adalah sebahagian daripada dokumen-dokumen berkaitan latihan
SILA KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS
Sijil kami kepada Balai Bomba Ampang sebagai tanda terima kasih kami
DETIK-DETIK LATIHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)